Soalan sebegini, yang berkaitan dengan gaji dan faedah pekerja banyak difikirkan oleh semua pekerja. Kerana mereka mempunyai komitmen kewangan tersendiri, apalagi dengan Ekonomi yang semakin membebankan. Ramai juga ingin tahu apakah peruntukan undang-undang yang berkaitan dalam soal gaji dan apakah Akta atau status yang terpakai. Hari ini team SafetyGear akan cuba menjawabnya soalan tersebut. Diharap anda semua akan dapat memahami serba sedikit penerangan yang akan berikan.
Kontrak Pekerjaan
Sebagaimana yang sering saya cuba terangkan kepada anda semua, perhubungan pekerja dan majikan adalah di kawal oleh kontrak yang dimasuki oleh mereka, samada bertulis atau lisan dan samada tersirat atau tersurat. Kontrak yang dimasuki (Undang-undang kontrak di Malaysia 1950) adalah mengikat dan apa-apa yang dipersetujui dalam kontrak perlu dipatuhi atau mana-mana pihak dianggap telah membuat perlanggaran pada kontrak yang telah mereka masuki.
Undang-Undang Dan Kontrak
Walaupun wujudnya satu kontrak yang mengikat, majikan tidak boleh membuat terma-terma kontrak sesuka hati dan menindas pekerja, terutama pekerja yang dilindunggi oleh akta (Akta Kerja 1955). Sesuatu kontrak juga adalah TIDAK SAH jika ia bertentangan dengan mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada. Misalnya, satu kontrak untuk mencuri adalah tidak sah kerana ia menyalahi Kanun Jenayah.
Kontrak Dan Akta Pekerjaan
Bagi melindungi pekerja-pekerja terutamanya diperingkat bawahan dari ditindas, maka peruntukan atau undang-undang berkaitan pekerjaan/buruh telah digubal dan dikuatkuasakan. Antara yang telah berkuatkuasa termasuk Akta Pekerjaan Dan Akta Hubungan Perindustrian. Oleh itu, sesuatu kontrak juga tidak boleh melanggar peruntukkan akta-akta ini. Akan tetapi, harus diingat sekali lagi bahawa Akta-Akta ini cuma menetap syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi oleh majikan. Hak majikan dalam mentadbir, mengurus dan mengawal selia operasi syarikat tetap dihormati. Syarat yang terlalu ketat dan keras hanya akan membebankan majikan dan akibatnya ramai peniaga akan menghadapi kesulitan. Jika iklim untuk perniagaan kurang baik, maka lebih kurang peniaga, lebih kurang pendapatan kerajaan dan juga lebih ramai rakyat yang akan menggangur.
Peruntukan Berkaitan Gaji
Akta-akta yang berkaitan dengan pekerjaan di Malaysia adalah senyap dalam soal gaji. Yang ada hanyalah Arahan Gaji Minima (Gaji minima bagi pekerja di Malaysia) yang cuma akan berkuatkuasa pada bulan Januari 2013. Oleh itu, selain dari soal gaji minima, penetapan gaji adalah mengikut budi bicara majikan dan KONTRAK PEKERJAAN yang dimasuki.
Kecuali dinyatakan dengan secara SPESIFIK dalam kontrak yang sebaliknya, maka majikan punyai budi bicara dalam menentukan gaji pekerja. Ini termasuklah tidak menaikkan gaji pekerja bertahun-tahun lamanya atau tidak menaikan gaji selepas disahkan dalam jawatan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, jika para pekerja yang inginkan gaji yang lebih lumayan hendaklah ‘strive’ untuk memperbaiki diri dan meningkat ‘value’ atau nilai anda di mata majikan. Ini termasuklah menambah ilmu dalam hal-hal yang penting seperti IT, undang-undang, pentadbiran dan kewangan. Selain dari itu menunjukkan disiplin yang tinggi dan kualiti kerja yang amat baik. Saya percaya nescaya majikan akan rasa berat hendak lepaskan anda dan sanggup membayar lebih bagi memastikan anda kekal dalam organisasinya, kecuali dia ada hadapi masaalah kewangan, yang mana dalam keadaan itu anda harus bersiap sedia untuk berpindah ke majikan yang lain.
SIVARAJAH KRISHNAN
slmat pagi, saya bekerja sebaga production supervisior di sebuah kilang hasil makanan laut , saya na tanya berkaitan gaji saya,sy tidak dapat kenaikan gaji 2 tahun. berbanding dengan pekerja lain yang tiap tiap tahun ade kenaikan gaji,xapi sering kali minta formula baru dengan cara paksa,kalau kita na balik kampong susah,emergency leave dengan anual leave susah na approve.admin dan accountan pula berkuasa kat kilang,sbb bos jarang masuk.ada apa apa cadangan untuk selesaikan masalah ni?
Irma Novita
maaf tuan kami hanya membuat artikel berkenaan hal tersebut. Jika tuan membuat perkongsian kami sangat berterima kasih 🙂
Diee
Salam,,ada tidak cara untuk pastikan majikan naikkan gaji dan bunos.