GELABAH KENTANG!!
Jangan biarkan nyawa anda di abaikan begitu sahaja
JIKA artikel ini di baca oleh seorang isteri yg tahu suaminya bekerja di dalam industri berisiko, sila ringankan mulut untuk bertanya perkara-perkara di bawah ini!
Langkah awal sebelum masuk ke ruang terkurung yg mana kandungan gas beracun melebihi tahap TIDAK di benarkan
Tips kepada pekerja yang di suruh oleh majikan untuk bekerja di RUANG MAUT
✔ PASTIKAN ruang terkurung telah di beri permit untuk bekerja.
✔ PASTIKAN permit bekerja telah di luluskan.
✔ PASTIKAN ujian gas telah di lakukan dan LULUS.
✔ PASTIKAN anda sihat dan kompeten utk bekerja di dlm RUANG MAUT ini.
✔ PASTIKAN orang yg bertangungjawab untuk tunggu di luar “stanby person” adalah kompeten.
✔ PASTIKAN pencahayaan cukup di laluan masuk, keluar dan kawasan tempat bekerja.
✔ PASTIKAN langkah-langkah keselamatan lain telah di ambil dan risiko kemasukan RUANG MAUT ini telah di bincangkan sebelum memulakan pekerjaan.
Selain dari itu juga barang keperluan di dalam RUANG MAUT ini juga harus dipastikan dalam kedaan siap sedia dan boleh digunakan
✔ Peralatan keselamatan asas contohnya Topi Keselamatan, Cermin Mata, Penutup Telingga (sekiranya bunyi bising), Baju Kerja, Kasut Keselamatan dan lain-lain peralatan yang bersesuaian
✔ Peralatan pengujian gas pelbagai untuk kerja di dalam kumpulan atau perseorangan
✔ Abah-abah keselamatan dan tali hidup untuk di ikat pada abah-abah
✔ Peralatan alat komunikasi (sebaik-baiknya adalah walkie-talkie)
✔ Escape set 15 minute (alat bantuan pernafasan sekiranya berlaku kebocoran gas atau bekalan udara berhenti
✔ Air Line System (sekiranya gas beracun tidak dapat di sedut keluar)
✔ Lampu suluh dan Distress Alarm System (sistem akan berbunyi sekiranya tiada pergerakan)
✔ Pastikan peralatan-peralatan instrumentasi yang digunakan telah di buat penentukuran (calibration) dari wakil kilang yang telah di sahkan dan masih dalam tarikh lingkungan penentukuran.
✔ Dan lain-lain sekiranya peralatan itu di perlukan
Antara syarikat yang melakukan penentukuran MSAA Solutions (M) Sdn Bhd
JANGAN biarkan nyawa anda melayang seperti kertas A4 recycle di atas kecuaian majikan atau diri anda…
SAYANGI ORANG TERSAYANG!
Leave a Reply