Prinsip Berurusan Dengan Kontraktor

posted in: Uncategorized 0

Tidak mudah untuk berurusan dengan kontarktor, banyak yang perlu kita titik berat dalam membuat keputusan, apa lagi melibatkan projek yang besar dengan kos yang banyak. ada beberapa prinsip yang SafetyGear hendak kongsikan kepada anda serba sedikit mungkin dapat membantu projek yang ada lakukan.

  • DAPATKAN ‘CONTACT’ MUDAH DIHUBUNGI – Pastikan anda dapat berhubung dengan nombor yang mudah dihubungi supaya mudah untuk berurusan. Jadi, tidak risau lagi terjebak dengan kes penipuan yang semakin menular.
  • BERSEMUKA DENGAN KONTRAKTOR – Jumpa secara bersemuka dengan kontraktor untuk apa-apa urusan sekalipun. Lebih mudah untuk elak salah faham. Kadang-kadang jika bercakap melalui dalam telefon ni mesejnya tidak sampai. Orang sini cakap lain, org sana faham lain..
  • MINTA SKOP KERJA SECARA TERPERINCI – Pastikan anda minta secara terperinci skop kerja yang akan dijalankan. Biasanya memang akan dapat masa tanda tangan dan semakan pelbagai maklumat tu. Harus memastikan semua ni ada untuk memudahkan urusan pembinaan dan mengelakkan masalah penipuan dan sebagainya.
  • ELAK KONFLIK – Sudah menjadi kebiasaan apabila bekerja dengan orang, mesti akan ada isu yang tidak dapat dielakkan. Tetapi kalau boleh elakkan daripada sebarang konflik. Apabila mempunyai salah faham terus selesaikan segera jangan biar berpanjangan .bombang akan datang nanti terganggu proses pembinaan itu. Bila bekerja dua pihak mestilah bersikap lebih profesional kan.
  • SENTIASA PANTAU TAPAK PROJEK – Untuk elakkan masalah-masalah yang tidak diingini, anda sendiri harus lebih kerap memantau tapak projek itu. Boleh melihat macam mana tukang rumah membuat atau menyiapkan rumah anda. Dari segi kualiti dan bahan yg digunakan. Biasanya bila pemantauan kerap, proses pembinaan ini akan jadi lebih laju.

Jangan lupa amalkan apa yang kami kongsikan hari ini bila anda berurusan dengan kontraktor pilihan nanti. Benda paling mudah sahaja. Kalau tak baca anda yang rugi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *