Bagaimana Power Bank Meletup
1. Rechargeable bateri yang tidak berkualiti tinggi.
Bateri adalah segala-gala nya bagi sesebuah power bank. 100% powerbank yang ada di pasaran akan menggunakan bateri dari jenis bateri yang boleh dicas semula (rechargeable) dimana ia boleh menyimpan, mengeluarkan dan menerima arus elektrik. Jadi,sudah pasti lah, jika baik bateri yang di gunakan,maka power bank tersebut akan tahan lebih lama dan berisiko rendah untuk meletup.
Hampir kesemua pengeluar power bank menggunakan bateri dari jenis Lithium Ion atau pun Lithium Polymer ( fahami apa itu Li-Ion vs Li-Polymer) . Seperti yang kita tahu bateri jenis Li-Ion adalah bateri yang biasa kita jumpa di mana-mana seperti Energizer , Everyday dan bateri jenis ini agak berat dan kurang tahan pada tekanan dan suhu yang tinggi. Manakala bateri Li-Polymer pula lebih ringan dan nipis berbanding Li-Ion, cuma kadar penyimpanan tenaga nya agak lemah berbanding Li-Ion dan kos nya lebih tinggi dari Li-Ion.
2. Litar Pintas
Antara faktor ke-2 yang biasa kenapa powerbank boleh meletup/mudah rosak adalah kerana design litar elektronik sesebuah power bank tersebut yang tidak tersusun dengan baik / menggunakan PCB berkualiti rendah / komponen elektronik yang murah. Ia sama seperti gadget elektronik lain seperti handphone, MP3 atau permainan kereta kawalan jauh yang mana jika bagus litar elektronik nya,maka gadget anda pasti tidak akan ada sebarang masalah atau tidak cepat rosak.
3. Cara Pengunaan /Penjagaan Power Bank Yang Tidak Betul
Cara pengunaan power bank juga antara salah satu faktor yang menyebabkan powerbank anda mudah rosak atau meletup. Setiap alat peranti device dan peralatan anda juga ada pantang larang nya, ada “do & dont’s” nya. Kita tak boleh terus guna tanpa tahu apa yang sepatut nya kita lakukan. Kebanyakkan dari kita tahu yang bateri adalah jenis peralatan yang mudah meletup,jadi mereka akan mengambil langkah berjaga-jaga seperti menyimpan di dalam beg, tidak menjatuhkan power bank tersebut. Tetapi ramai yang tidak ambil kisah tentang suhu/kelembapan persekitaran mereka, ramai yang akan meninggalkan power bank di dalam kereta terutama pada waktu panas tengahari. Suhu yang tinggi didalam kereta akan menyebabkan bateri di dalam powerbank anda berisiko tinggi untuk meletup.
Faten
info yg menarikkk,…. 🙂