Ramai yang tak tahu perbezaan antara kedua Gas Detector ini, jom SafetyGear nak share apa perbezaan alat tersebut.
Terdapat perbezaan fizikal mahupun kegunaan gas detector yang ada pump dengan tanpa pump. Kita semak satu-satu dulu nanti pening pulak..hahahaha
Model yang atas ni nampak kecik tapi buka biasa-biasa, bak kata “kecik-kecik cili padi” ringan dan mudah dibawa kemana sahaja….
Anda tahu ini ada pump atau tidak? TIADA
Ya betul, anda boleh kenal dari segi fizikalnya yang tiada pump untuk hose. Model ini hanya untuk disangkut dipoket anda dan memberi amaran kedatangan gas berbahaya. Tetapi, bergantung pada udara persekitaran (Tanpa Sedutan) yang mengalir di ruangan sensor.
Jika anda seorang Penguji Gas Bertauliah (AGT) yang ditugaskan menguji gas berbahaya dari jarak jauh, gas detector yang manakah anda gunakan untuk mengesan dengan lebih tepat ?
Model yang atas ni pula nampak besar sedikit dan agak tebal kan ? Kerana model ini mempunyai keupayaan dengan lebih cepat dan tepat bacaan gas yang biasa dilakukan oleh AGT.
Model ini juga dibekalkan dengan hose/probe untuk menguji gas dikawasan yang sesuai seperti tank @ ruangan sempit.
Jadi yang mana lebih sesuai untuk kerja-kerja anda ?
Semoga perkongsian kami membantu anda untuk membuat keputusan lebih tepat 😉
credit @ NurNajmina
Leave a Reply