Kemalangan adalah sesuatu yang kompleks dan berlaku tanpa dirancang,
namun ia boleh dicegah. Kemalangan boleh diakibatkan oleh dua sebab
utama:
• Tindakan yang tidak selamat (Unsafe act)
• Keadaan kerja tidak selamat (Unsafe condition)
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi
penyebab-penyebab faktor penyumbang kemalangan. Konsep dibawah
menerangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kemalangan
dengan lebih terperinci.
(Ringkasan konsep pencegahan kemalangan di tempat kerja)
Perilaku Selamat Yang Perlu Diamalkan
• Sentiasa mengikut protokol kerja selamat.
• Menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja.
• Mematuhi arahan keselamatan sepanjang masa.
• Menyelenggara mesin dan peralatan secara sistematik.
• Tidak makan, minum atau merokok semasa bekerja.
• Tidak dipengaruhi alkohol atau dadah semasa bekerja.
• Menghadiri latihan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
dari masa ke semasa.
• Menggunakan kelengkapan atau pakaian perlindungan
peribadi yang sesuai dengan betul.
Keadaan Kerja Selamat Yang Perlu Diwujudkan
• Susun atur yang kemas.
• Ruang kerja yang selesa.
• Pencahayaan yang mencukupi bagi kerja yang dilakukan.
• Pengalihan udara yang baik.
• Bunyi bising yang terkawal.
• Peralatan yang berfungsi dengan baik dan sesuai.
• Peranti keselamatan pada mesin yang sesuai.
• Bahan kimia berbahaya disimpan di tempat yang selamat.
• Sistem penggera yang berfungsi.
• Sistem pencegah kebakaran yang lengkap dan berfungsi.
• Tanda-tanda amaran bahaya yang jelas dan mencukupi.
• Tanda-tanda arahan keselamatan yang jelas dan mencukupi.
Mengawal Faktor-Faktor Penyumbang Kemalangan
Selain daripada perilaku tidak selamat semasa kerja dan keadaan
kerja yang tidak selamat, faktor-faktor lain yang turut menyumbang
kepada kemalangan juga perlu dikawal.
TINDAKAN TIDAK SELAMAT |
|
PERSEKITARAN KERJA TIDAK SELAMAT |
|
Faktor-faktor berkaitan kemalangan di tempat kerja
(Sumber: ILO Encyclopedia of Occupational Health & Safety)
Jenis Kemalangan
- Tersepit antara objek
- Terjatuh
- Tergelincir
- Berlanggar
- Meletup
- Terbakar
Leave a Reply