Nyamuk Mengganas Musim Kemarau

posted in: Health info 0

Kemarau ialah satu tempoh cuaca kering yang berpanjangan dengan terdapat sedikit hujan atau tiada hujan langsung. Akhir-akhir ini musim bahang kepanasan kemarau dapat dirasakan, tetapi adakah anda perasan kedatanggan seranggan kecil yang bersayap dan menghisap darah sedang mengganas dimusim kemarau ini.

Serangga yang digelar Nyamuk ini membawa kesan dan akibat kepada semua orang, dengan mambawa virus Aedes yang menakutkan. Tetapi kenapa nyamuk menyerang pada musim kemarau ini? Bukankah seranggan ini memerlukan air untuk  membiak?

Disini SafetyGear akan kongsikan serba sedikit mengenai punca keganasan nyamuk yang terjadi. Pada umumnya, jumlah nyamuk memang akan terlihat lebih banyak daripada biasa pada musim kemarau. Ini kerana, pada musim hujan takungan air lebih banyak tetapi adakala tidak membantu berkembang biaknya nyamuk seperti dalam cuasa panas, walaupun takungan sedikit tetapi dapat membiak dalam keadaan air yang sedikit dan tenang.

Selain daripada pembiakkan, nyamuk juga aktif menggigit ketika perubahan dengan suhu bumi yang makin panas kerana perubahan iklim, maka banyak nyamuk yang akhirnya mengalami pe­rubahan kitaran hidup dan keluar mencari mangsa.

Jika dulunya jentik-jentik memerlukan waktu 12-14 hari untuk berubah menjadi nyamuk dewasa, sekarang hanya memerlukan waktu 9 hari sahaja. Itulah sebabnya, kita perlu berwaspada penularan penyakit yang dibawa dari nyamuk yang sering melanda pada musim ke­marau.

Cuaca panas turut menjadikan nyamuk lebih aktif dan meningkatkan frekuensinya untuk menggigit mangsa selain penyebaran virus denggi menjadi lebih luas. Kemarau akibat El Nino pula memaksa masyarakat menakung air bagi menampung bekalan air harian sekali gus meningkatkan tempat pembiakan nyamuk aedes yang lebih luas.

Dengan penerangan di atas, serba sedikit dapat memberi pengetahuan kepada anda bahawa, pada musim kemarau akan membuat air bertakung lebih tenang dan nyamuk akan berkembang biak dengan lebih baik. Justru itu, anda perlu peka dengan keadaan sekeliling, bertidak sebelum nyamuk yang membawa penyakit Denggi dapat terus merebak dan terus mengganas.

Tips mengurangkan daripada gigitan Nyamuk

Penggunaan baju lengan panjang dan seluar panjang terutama yang berwarna cerah juga dapat mengurangkan tarikan nyamuk untuk menggigit mangsa, menutup pintu dan tingkap sebelum waktu senja seperti amalan orang tua dahulu serta menyembur aerosol dalam rumah untuk membunuh nyamuk dewasa.

Antaranya juga usaha yang boleh dilakukan oleh orang ramai untuk mengurangkan risiko digigit nyamuk aedes pula ialah menggunakan repelan sama ada dalam bentuk semburan, krim, gegelang atau tampalan yang banyak dijual di farmasi atau pasar raya besar.

Semoga artikal ini bermanfaat untuk anda semua, sila kongsikan untuk manfaat semua.

Terima Kasih

SafetyGear Team

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *