Kepentingan Menggunakan PPE Daripada Jangkitan Covid-19

posted in: Uncategorized 0
SARS-CoV-2 atau lebih dikenali sebagai COVID-19 terkenal dengan jangkitan tersembunyi kerana dapat bertahan pada manusia tanpa menyebabkan gejala dari dua hari hingga dua minggu, dan pada beberapa orang, sepanjang keseluruhan jangkitan mereka. Wabak ini sangat berbahaya dan menyebabkan angka kematian yang melonjak hari demi hari. Oleh sebab itu, penggunaan alat pelindung diri (PPE) amat penting dalam mengendalikan aktiviti yang melibatkan pesakit COVID-19.

Kepentingan Menggunakan PPE

  • Untuk orang awam

Orang awam haruslah mengamalkan kebersihan tangan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air secara berkala, jarak sosial, dan kebersihan pernafasan dengan menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin. Pelitup muka yang telah mengikut piawaian yang ditetapkan juga perlulah dipakai dan dibuang dengan cara yang betul.
  • Untuk petugas kesihatan

Bagi mereka yang melakukan aktiviti seperti pemeriksaan fizikal, pengambilan darah, swab test, membawa pesakit, dan membersihkan bilik, satu set lengkap PPE harus dikenakan.
Satu set lengkap PPE termasuklah pemakaian pelindung muka (face shield dan facemask N95), sarung tangan dan Tyvex untuk menutup bahagian badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *