Kebaikan Membuat Fresh Air – Zeroing Gas Detector

Adakah anda pengguna gas detector yang bijak ? Tahukah anda bahawa alat ganti gas detector itu mahal harganya ?


SafetyGear Team nak bocor rahsia
untuk jimat poket syarikat anda, yang dah tahu tu teruskan menjaga gas detector anda dengan baik.
Terdapat keistimewaan apabila kita kerap buat fresh air/zeroing pada gas detector. Kita digalakkan membuat kaedah ni sebelum dan selepas menggunakan gas detector tersebut. Tak kisah jenis brand or model apa yang anda guna, WAJIB tahu how to fresh air/zeroing the intrument properly.
Salah satunya kita dapat jaga jangka hayat sensor. Anda pasti nak sensor gas detector tahan lama kan? Kerana ianya antara masalah yang kerap berlaku seperti sensor error/fault atau bacaan gas tidak tepat walaupun sudah berada dalam kawasan “clean air”.


Apa tu “clean air”?

Clean air adalah kawasan yang udaranya bersih dan bebas dari gas-gas berbahaya.
Untuk pengetahuan anda, sensor gas detector ni very sensetif. Fizikal luar gas detector memang nampak strong. Hakikatnya sensor is the main item in the gas detector yang sensetif dan mudah rosak.
Sebab tu lah digalakkan buat fresh air/zeroing sebelum dan selepas menggunakan instrument tersebut.
If gas detector tidak digunakan, digalakkan juga untuk anda membuat “warm up” agar dapat menjaga kualiti sensor dan bateri instrument.


Apa tu “warp up”?

Warp up gas detector ni adalah kita turn on and biarkan instrument tersebut berfungsi di kawasan “clean air” dalam 15-20 minit. Digalakkan juga untuk membuat fresh air/zeroing semasa “warm up” gas detector tersebut.

Macam mana nak buat fresh air/zeroing ni?

  1. First of all, korang mesti kene ada gas detector. Eh of course lah kan!
  2. Make sure tempat yang korang nak buat fresh air/zeroing ni kawasan yang “clean air” supaya dapat result bacaan yang lebih tepat pada gas detector tersebut.
  3. Turn on gas detector dan teruskan dengan membuat fresh air/zeroing pada gas detector.
  4. Fresh air/zeroing akan mengambil masa beberapa saat untuk result.
  5. “Zeroing pass” good job!

credit @ NurNajmina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *