Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh Negari pada setiap 31 Ogos bagi menandakan Negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna-warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun dengan mengibarkan jalur gemilang dengan semangat kemerdekaan. Pada 31 Ogos 2018 ini, Malaysia akan menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan yang ke-61
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan setiap tahun bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bermegelapan di udara akan dipasang pada malam tersebut. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi akan turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana pada hari kemerdekaan nanti.
Jom sama-sama kita menyambut hari kerdekaan dengan mengenang jasa pejuang negara kita Malaysia.
Sayangi Malaysiaku
Leave a Reply