Eskalator Maut

posted in: Safety Info 0

Adakah anda seorang yang cuai

Tahun sebelum ini kita dikejutkan yang mana mesin ini menelan mangsanya.

Baru-baru ini seorang kaki budak telah di giling di akibatkan oleh seliparnya terselit

Adakah selipar CROCS harus dipersalahkan? Konpem salah kot 🙂

Ianya dalah satu fasiliti yang memudah cara dan ianya juga boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya tidak digunakan dengan betul

Berapa ramai yang sedar fasiliti ini adalah mesin giling yang sedang menungu mangsanya untuk dikisar!

Berapa ramai orang yang mengunakan fasiliti ini tidak fokus semasa berada di atasnya!

Berapa ramai orang yang sedang berbalas mesej di telefon pintar ketika mengunakan fasiliti ini!

Adakah mereka ini semua tidak FOKUS?

Dan lagi teruknya apabila ibu atau bapanya sedang sibuk dengan telefon pintarnya manakala tangan lagi satu sedang memimpin anaknya ketika berada di mesin giling ini…

Siapa yang harus mengingatkan mereka?

Anda jawab dalam hati 🙂

Bila kejadian hampir berlaku (near miss) kerap terjadi mungkin kejadian berikutnya adalah kecederaan atau kematian…

Ok kalau tulis panjang-panjang membebel pun tak guna, jika tiada jalan penyelesaian, di bawah ini ada beberapa tips bagaimana untuk mencegah dari kecuaian ini dari terus berlaku apabila anda berada di mesin giling ini

PERHATIKAN sebelum naik di atasnya

  1. Perhatikan eskalator bergerak dalam keadaan baik dan tidak tersangkut-sangkut
  2. Perhatikan eskalator tidak mengeluarkan bunyi aneh dari seperti biasa ketika ianya berfungsi
  3. Perhatikan eskalator dalam keadaan bersih dan tiada benda asing di celah-celah giginya
  4. Perhatikan tempat pemegang tangan tidak berminyak atau grease melekat padanya
  5. Perhatikan tiada tempat peminjak yang longar atau hilang dari tempat asalnya

PASTIIKAN setelah berada di atasnya

  1. Pastikan kasut atau selipar anda berada di dalam kotak kuning tangga yang telah di petakan
  2. Pastikan kasut atau selipar anda tidak terlalu rapat dengan dinding tangga eskalator (lebih baik berdiri di tengah)
  3. Pastikan tiada halangan turun atau naik semasa berada di atasnya
  4. Pastikan anda pimpin tangan anak anda semasa berada di atasnya (jangan biarkan anak anda memegang getah bergerak dengan sendirinya)
  5. Pastikan kaki anak anda berada dalam kotak jugak semasa berada di atasnya
  6. Pastikan anda bersiap sedia sekiranya berlaku perkara yang tidak di duga
  7. Pastikan anda FOKUS ketika berada di atas mesin giling ini

 

PERHATIKAN dan PASTIKAN apabila berada di Eskalator Maut ini…

Di bawah ini ada beberapa video untuk dijadikan panduan dan akibat dari selipar yang boleh mencederakan kaki anak anda!

 

JANGAN biarkan nyawa anda atau anak anda di giling oleh mesin yang tidak berperasaan ini!

SAYANGI ORANG TERSAYANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *