Kalau dengar pasal tempat tinggi, mesti auto rasa gayat kan? Tapi kalau takde yang berani, siapa yang nak buat kerja dekat tempat yang tinggi macam bangunan pencakar langit semua tu? SafetyGear jual je PPE untuk bekerja tempat tinggi terutama “Body Harness” dekat SINI . Kalau kepakaran tanya yang lebih pakar lah. Siapa yang pakar tu? Anda pasti lebih tahu 🙂
Sesiapa yang bekerja di tempat tinggi atau bekerja dalam industri perlu mematuhi undang-undang yang dilindungi dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994. Mereka yang bekerja di tempat tinggi mesti memakai peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai sebelum memulakan kerja.
Peralatan Perlindungan Diri (PPE) bagi bekerja di tempat tinggi
Abah-abah keselematan (Full Body Harness)
Pekerja perlu memakai Full Body Harness dan tidak boleh menggunakan safety belt kerana banyak kes terjatuh yang menyebabkan cedera parah dan maut. Full Body Harness memberikan perlindungan yang menyeluruh ketika bekerja di tempat tinggi berbanding dengan safety belt.
Kasut Keselamatan (Safety Shoe)
Melindungi kaki daripada objek terjatuh atau terhimpit dan tusukan daripada bawah
Tali nyawa (Life Line)
Topi Keselamatan (Safety Helmet)
Melindungi kepala daripada objek terjatuh
Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan langkah keselamatan lain adalah langkah kita bagi mengelakkan sebarang risiko kemalangan.
Leave a Reply