9 Tips Keselamatan Jalan Raya Semasa Musim Perayaan

posted in: Uncategorized 4

Setiap kali tiba musim perayaan, kadar kemalangan jalan raya dilaporkan terus meningkat. Terdapat pelbagai faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Sebagai Pengguna, kita hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan sentiasa berhati-hati.

SafetyGear kongsikan langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa. Semoga tips tersebut bermanfaat untuk Anda semua.

1) Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

2) Ikut had laju yang ditentukan.

3) Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4) Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.

5) Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6) Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7) Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

8) Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan juga diservis terlebih dahulu, sebelum memulakan perjalanan.

9)  Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk.

 

” BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT”

4 Responses

  1. Ahmad Ridha
    | Reply

    Komen ini sangat bagus

  2. Nur Sofiyyah
    | Reply

    Dah siap baca

    • Irma Novita
      | Reply

      Terima Kasih kerana sudi membaca, Sila jaga kesihatan anda dan patuhi SOP. Terima Kasih 🙂

  3. Law Jia Wen
    | Reply

    Saya akan mematuhi peraturan lalu lintas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *