Siapakah yang mampu menolak daripada menikmati pelbagai hidangan enak seperti lemang, ketupat dan rendang di hari raya? Inilah saaat untuk menjamu selera setelah 30 hari menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadan.
Biarpun enak dan menyelerakan, makan berlebihan mampu mengundang bencana kepada kesihatan. Lebih-lebih lagi dengan keadaan sistem badan yang masih sebati dengan gaya pemakanan ketika berpuasa. Pengambilan makanan secara berlebihan dikhuatiri akan menyebabkan perut anda ‘terkejut’ dan menimbulkan ketidakselesaan ketika menyambut raya.
Bagi mengelak daripada terlebih makan, pesan kepada diri agar berhenti makan sebelum kenyang. Cukuplah sekadar merasai juadah yang disediakan daripada menyesakkan perut anda walaupun dikelilingi dengan pelbagai jenis makanan yang mungkin ditemui setahun sekali.
Tips berikut boleh digunakan ketika bertandang ke rumah sanak saudara dan rumah terbuka.
1) Gunakan piring kecil agar makanan yang diambil nampak banyak.
2) Ambil makanan yang pelbagai dalam kuantiti sedikit agar anda dapat merasai sajian yang terhidang.
3) Setiap minuman bergas yang diminum disusuli dengan segelas air kosong untuk mengeluarkannya.
4) Tawarkan bantuan untuk mengemas sebaik sahaja tetamu pulang. Ia bukan sahaja meringankan tugas tuan rumah sebaliknya membantu membakar kalori dengan segera.
5) Banyakkan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran dan minuman jus.
6) Ingati kembali tujuan kunjung-mengunjung di hari lebaran daripada hanya fokus kepada makanan semata-mata.
Leave a Reply