6 Tips Jimat Air di bawah ini boleh membantu anda menjimatkan bil air di rumah anda
1.Tadah air hujan
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan hujan sehinggakan ada kawasan yang banjir setiap kali musim hujan. Menadah air hujan dapat mengurangkan penggunaan air paip. Air tadahan hujan boleh digunakan untuk mencuci kawasan rumah, siram pokok bunga, basuh kereta dan lain-lain lagi. Yang bagusnya, air tadahan hujan adalah percuma, tidak kira lah berapa banyak pun yang anda tadah. Tapi berjaga-jaga dengan nyamuk. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik sekiranya tempat tadahan air itu menyimpan air dalam jangka masa yang lama.
2. Penggunaan Pam Tandas
Menggunakan pam tandas dwi curahan. Curahan sedikit dan curahan banyak. Atau anda boleh letakkan satu botol penuh air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air curahan yang digunakan semasa tangki di pam.
3. Audit Tangki Pam Tandas
Letakkan cecair pewarna ke dalam tangki pam tandas untuk memastikan keadaan tangki atau saluran tangki yang bocor sekurang-kurangnya 2 bulan sekali atau sekiranya bil anda naik tanpa diketahui sebabnya. Jika terdapat kebocoran, air akan berterusan masuk ke dalam tangki dan ini akan merugikan. Baiki paip yang bocor dengan segera.
4. Air Mengalir, Duit Mengalir
Semasa anda menggosok gigi, cuci muka, bercukur atau semasa sabun seluruh badan, jangan biarkan air mengalir. Semasa membersihkan tandas atau bilik air, jangan biarkan air mengalir, gunakan air hanya pada permulaan dan akhir untuk bilasan sahaja. Seelok-eloknya gunakan air tadahan yang bersih.
5. Guna Semula Air
Jika anda tinggal di rumah sendiri, salurkan air mandian anda ke taman atau tempat anda bercucuk tanam untuk memastikan sayur-sayur atau bunga anda secara automatik disiram setiap kali anda mandi. Jika anda tinggal di rumah teres atau ruma pangsa, tadah air mandian / air lebihan wuduk untuk digunakan untuk menyiram bunga anda di pasu.
6. Basuh Pinggan Mangkuk dengan Bijak
Semasa membasuh pinggan, jangan biarkan air mengalir. Sediakan dua besen / bekas air. Satu untuk bilasan pertama dan satu untuk bilasan kedua. Selesai membersihkan semua pinggan mangkuk dengan sabun, masukkan dalam besen bilasan pertama untuk menghilangkan sabun dan kemudian masukkan ke dalam besen ke dua untuk bilasan. Begitu juga sekiranya anda hendak membasuh buah-buahan atau sayuran, basuh dengan menggunakan semangkuk air lebih menjimatkan berbanding menggunakan air paip yang mengalir.
Leave a Reply