1) Beli ikut keperluan sahaja, hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja. Elakkan beli barang yang tidak diperlukan.
2) Tinggalkan kad kredit di rumah, Bagi individu-individu yang mempunyai kad kredit, tinggalkanlah kad anda di rumah. Tak dinafikan, penggunaan kad kredit ni memudahkan kita. Tak perlu bawa wang tunai dalam jumlah yang banyak lagi, semuanya ada dalam itu. Tetapi tahukah kita, bahawa penggunaan kad kredit tersebut menyebabkan kita tidak berhati-hati ketika berbelanja.
3) Jangan terburu-buru ketika membeli barang murah di kompleks beli belah. Kita mesti berhati-hati dan pandai merancang.
4) Teliti barang sebelum membeli, kita mestilah selidik dan teliti barang itu sebelum membeli. Bagi memastikan barang tersebut sepadan dengan harganya dan berkualiti.
5) Senaraikan barang-barang yang mahu dibeli,kerana perancangan yang sempurna membolehkan kita tidak tersasar daripada landasan dan dapat menyelamatkan kita daripada melakukan pembaziran.
Leave a Reply