5 Tip Tayar Kereta Yang Patut Anda Tahu

posted in: Uncategorized 0

1. Pemilihan Saiz Tayar Yang Sesuai

Pemandu lelaki memang suka sport rim. Tapi perlu diingat penggunaan tayar yang lebih besar; contohnya 14 inci kepada 15 inci boleh beri kesan pada kenderaan anda dan secara tidak langsung pada tayar anda.Kesannya umpama domino effect di mana apabila wheel assembly menerima saiz tayar baru dan rim baru ia beri sedikit kesan pada spesifikasi asalnya. Lama -kelamaan ia akan beri kesan pada tayar kereta anda juga.

2. Pemeriksaan Berkala Tekanan Angin Tayar Kereta

Digalakkan untuk memeriksa tekanan angin kereta anda selama sebulan sekali paling minimum. Lagi kerap lagi bagus supaya sekurang-kurangnya anda tahu keadaan tayar kereta anda

3. Tukar Kedudukan Tayar Kereta

Digalakkan menukar kedudukan atau rotation tayar kereta anda 3 bulan sekali untuk memastikan anda mengimbangi keadaan tayar dan mengurangkan tahap risiko kerosakan kepada setiap tayar kereta anda.

4. Lakukan Alignment Dan Balancing Tayar Kereta

Selalunya alignment tayar kereta dilakukan setiap 10000 kilometer perjalanan. Namun, jika sekiranya anda merasakan kereta anda sudah tidak seimbang ketika memandu, seeloknya terus lakukan alignmentBalancing turut dilakukan sekali jika buat alignment.

5. Tahun Pembuatan Tayar

Disarankan anda menggunakan tayar yang terbaru atau pada tahun yang sama tayar hendak ditukar. Jika anda menggunakan tayar keluaran lama, dikhuatiri jangka hayatnya tidak akan lama. Sebagai contoh dalam gambar di atas, nombor 0204 menunjukkan minggu ke-2 tahun 2004 tayar ini dikeluarkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *