Kit kecemasan di dalam kereta adalah salah satu daripada perkara yang anda tidak pernah berfikir panjang tentangnya. Kemudian anda akan membiarkan perasaan ingin tahu tersebut biar berlalu pergi…
Kebenaran dan realitinya agak pelik tetapi, kenderaan rosak memang berlaku dan selalunnya tidak akan berlaku pada tempat yang berlampu, ceria, tempat redup, tempat yang sibuk dengan penerimaan signal telefon bimbit yang sempurna atau sebuah trak tunda yang dapat melihat anda.
Mungkin dengan adanya kit kecemasan di dalam kereta sedikit sebanyak dapat melegakan dan membantu anda di tepi jalan dalam keadaan yang berseorangan.
Mengikut kajian SafetyGear.my kebanyakan kereta yang tersadai di tepi jalan di akibatkan perkara remeh yang tidak di undang seperti bateri tidak berfungsi dengan baik dan tayar bocor walaupun kereta anda adalah di servis secara berkala dan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak pengeluar kereta. Kadangkala kereta baru yang hanya digunakan beberapa bulan juga boleh terjadi hal-hal seperti yang dinyatakan.
Memang betul ianya masih di bawah jaminan pihak pengeluar kereta!
Persoalanya, adakah anda sangup menungu beberapa jam untuk misi meyelamatakan anda di sesuatu lokasi yang mungkin di ketahui atau tidak 🙂Semakin jauh perjalanan anda, semakin besar kemungkinan kandungan kit kecemasan kereta anda akan sangat berguna, walaupun anda mempunyai pelan bantuan di tepi jalan yang cemerlang dan boleh menghubungi bantuan dengan kadar segera.
Kit kecemasan kereta direka untuk membantu anda bertahan sehingga bantuan tiba
Berikut adalah 15 ITEM yang perlu ada dalam KeReTa anda:
1. Cas Beteri Telefon Bimbit Kereta (car charger). Walaupun item ini nampak macam tak berguna sangat dan mungkin telefon bimbit anda mempunyai 100% bateri. “Pastikan ia berfungsi dengan baik dan di cucuk dengan betul setiap kali anda masuk ke dalam kereta anda,”.
2. Kit Pertolongan Cemas (first aid kit). Sediakan pelbagai jenis Band-Aids, ia sepatutnya mengandungi pita pelekat, pad kasa, aspirin, kain lap antiseptik, krim antiseptik, dan apa-apa yang khusus kepada anda atau keperluan keluarga anda.
3. Alat Pemadam Api jenis serbuk ABC (fire extinguisher ABC type). Perlu diberi nilai untuk Kelas B dan Kelas C. Kelas B jenis kebakaran adalah yang melibatkan cecair mudah terbakar atau mudah meletup, seperti petrol, diesel dan minyak tanah. kebakaran kelas C melibatkan tenaga dari peralatan elektrik seperti suis, kotak panel dan bateri.
4. Tiga segi tiga amaran reflektif (warning triangle). Walaupun banyak kit kecemasan mengandungi satu segi tiga amaran, SafetyGear.my mencadangkan anda mempunyai tiga unit yang diletakkan secara jaraknya 30 kaki selain untuk memberi amaran kepada lalu lintas dari arah depan atau belakang.
5. Pengukur Tekanan Angin Tayar (tyre gauge). Pengguna jalan raya perlu menggunakan pengukur tekanan angin di dalam kit kecemasan kereta anda untuk memeriksa tekanan udara dalam tayar sebelum bergerak secara berkala. “Pastikan tayar ganti anda cukup angin”
6. Foam Tayar Sealant (tyre sealant liquid). Cara yang murah cepat untuk membaiki kebocoran tanpa menukar tayar.
7. Kabel Jumper (wire cable jumper). Hendaklah sekurang-kurangnya 10 kaki panjang dan disalut dengan getah mampat.
8. Lampu Suluh & Bateri Tambahan. Lampu suluh yang perlu kalis air dan lasak.
9. Sarung Tangan (hand glove). Membantu anda untuk membuat kerja-kerja kotor semasa menukar tayar yang pancit.
10. Kain Buruk (cotton rag). Untuk mengelap kekotoran.
11. Tali Tow atau Tali Tunda. Ia harus cukup kuat untuk menunda kereta anda sekurang-kurangya 1000 kg.
12. Alat Utiliti Serbaguna. Ini boleh menjadi sesuatu seperti alat Leatherman atau pisau Swiss Army.
13. Baju Hujan. Juga satu poncho plastik murah adalah lebih baik daripada payung yang akan membataskan pergerakan anda apabila menukar tayar dalam hujan lebat.
14. Air Minuman.
15. Snek. Bar protein adalah pilihan yang baik.
Leave a Reply