1) Pastikan rumah anda ada alat pemadam api mudah alih. Ia boleh menyelamatkan nyawa dan harta benda dengan memadam api di peringkat awal.
2) Setiap rumah mesti memasang sekurang-kurangnya satu alat pengesan asap. Keutamaan harus diberi kepada kawasan dapur. Alat ini juga digalakkan dipasang di setiap bilik tidur. Alat pengesan asap mesti sentiasa dijaga dan diperiksa.
Alat Pemadam Api 0.6KG – Pakai Buang
3) Gunakan bekas habuk rokok yang besar dan dalam.Basahkan bekas sebelum menggunakannya.Jangan merokok bila anda di atas katil.
4) Cara yang betul untuk melepaskan diri di bawah asap ialah merangkak dengan kepala anda 30-60sm dari lantai. Jika pakaian anda terbakar, berhenti dan rebahkan diri. Mengguling-guling akan memadamkan api.
5) Pastikan anda cergas semasa memasak. Jangan memasak bila anda penat atau mengantuk. Jangan tinggalkan dapur ketika memasak. Pastikan dapur anda sentiasa bersih dan teratur.
6) Sediakan pelan jalan keluar semasa kebakaran untuk rumah anda. Pastikan semua penghuni rumah anda tahu apa yang patut dilakukan sekiranya berlaku kebakaran.
Smoke Detector plug n play – Battery Operate
7) Gantikan wayar-wayar Eletrik yang rosak. Periksa alat-alat Eletrik yang anda gunakan. Jangan gunakan alat-alat yang mengeluarkan bau atau asap, atau yang panas berlebihan.
8) Letak lilin jauh dari barang-barang boleh terbakar. Gunakan penghadang untuk melindungi lilin dari ditiup angin dan padam. Mancis Dan Pemetik Api
9) Pastikan anda menyimpan mancis dan pemetik api di dalam kabinet berkunci jauh daripada kanak-kanak.
10) Letakkan semua alat memanas sekurang-kurangnya tiga kaki atau satu meter dari benda-benda yang boleh terbakar.
.
Leave a Reply