10 Tips Jimat Minyak Kereta

posted in: Safety Info 6

1) Biarkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat sahaja setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk memanaskan enjin kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.

2) Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda. Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

Refill Petrol

3)  Isi minyak dengan perlahan-lahan, cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

4) Perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.

Tyre Flat

5) Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak.

6) Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang atau menunggu traffic light yang sangat lama. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.

7) Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

Speedo Meter

8) Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan anda sencara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.

9) Apabila cuaca luar sudah sejuk (malam atau di tanah tinggi) eloklah matikan air-cord anda. Selain itu, matikan juga aircord anda bila sudah hampir tiba destinasi. Pengunaan minyak bertambah 10% apabila mengunakan aircord.

10) Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakkan kereta. Jika tidak, kereta akan mengalami rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.

.

6 Responses

  1. cik Jaja
    | Reply

    Betul sangat 10 tips ni, insyaAllah boleh dimanfaatkan 🙂

    Tapi, bab matikan enjin masa traffic light tu rasa renyah la juga…pasal traffic light kadang bukan lama mana pun..hehec

    • Azuandy Aradi
      | Reply

      Mungkin penulis bawak kereta hybrid.. auto start bila nak jalan 🙂

      • cik Jaja
        | Reply

        Maybe kot kan. Saya bawa manual je..kikiki

  2. dusuntua.com
    | Reply

    Tips berguna. Tq. Tp klu rasa kereta makan minyak banyak sangat drpd milage yg standard baru kilang. Boleh rujuk sini https://youtu.be/1uc8ikeTnX4

  3. proton x50
    | Reply

    semoga bermanfaat. thank u, untuk ilmu yang dikongsikan

  4. kereta perodua
    | Reply

    terbaik. Boleh cuba cara ini. Benda yang simple je ramai orang buat acuh tak acuh benda ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *