10 Cara Mencegah Gigitan Ular

Dalam keadaan musim panas yang melampau spesis-spesis ini akan mencari tempat yang sejuk untuk menyejukan badan mereka dan tidak terkecuali dari masuk ke rumah anda atau di celah-celah rekahan asalkan tempat tersebut sejuk dan nyaman bagi mereka. Walaupun kebanyakan ular akan mengelakkan hubungan dengan manusia dan lebih suka untuk melarikan diri daripada menyerang, adakah anda ingin tahu bagaimana 10 cara mencegah gigitan ular apabila anda berada di dalam alam semula jadi atau sekitar harta persendirian anda sendiri. Banyak ular tidak berbisa kebiasaanya, tetapi jika di gigit oleh mana-mana spesis ini yang boleh menyebabkan jangkitan dan pastinya anda sendiri tidak mahu mengambil risikonya sendiri.

Prevent-Snake-Bites-Step-1

1. Ketahui habitat ular yang mungkin berada di kawasan anda. Ambil tahu dan belajar tentang habitat ular di kawasan anda tinggal atau ingin lawati. Anda kategorikan spesis ini sebagai berbisa atau tidak. Semasa anda ingin mengelakkan semua gigitan ular, anda harus faham perbezaan dan tahap yang mana perlu dipercepatkan dalam merawat kedua-dua jenis gigitan.

Prevent-Snake-Bites-Step-2

2. Elakkan kawasan di mana terdapat rumput tinggi. Cuba untuk berada di laluan atau kawasan yang jelas di mana anda boleh melihat di mana tempat anda melangkah. Jika anda perlu pergi ke rumput tinggi, gunakan kayu sebagai tongkat untuk menghalau bagi menyiasat kawasan tersebut sebelum melangkah ke dalamnya.

3. Elakan dari kaki berjalan ke dalam jurang berbatu atau tempat yang sempit. Ular sering melingkar di tempat-tempat gelap seperti lubang pada kayu jatuh atau di tempat-tempat tersembunyi di antara batu-batu. Elakkan gigitan ular dengan melihat secara berhati-hati di mana sahaja anda melangkah atau meletakkan tangan anda. Hal ini sering berlaku ketika mengambil ranting-ranting atau kayu untuk dijadikan ungun api atau sebagainya.

Prevent-Snake-Bites-Step-4

4. Sedar dan ketahui bahawa ular juga boleh memanjat pokok. Berhati-hati ketika berjalan di bawah ranting yang tergantung rendah atau apabila anda memanjat pokok dan mungkin anda boleh dengan sengaja dan tersilap memegang ular untuk berpaut.

Prevent-Snake-Bites-Step-5

5. Berpakaian dalam pakaian perlindungan semasa anda berada di luar atau di padang berumput tebal. Pakai but tinggi dan seluar panjang.

Prevent-Snake-Bites-Step-6

6. Membuat kem atau beristirehat pada kawasan di mana ular kurang cenderung untuk lalui. Jangan berkhemah berhampiran balak yang besar, kawasan berbatu atau rumput tinggi. Ular biasanya akan mencari mangsanya tidak kira masa sama ada waktu waktu malam atau siang dan ini seharusnya membuatkan anda lebih peka dan berhati-hati. Zip khemah anda ketat-ketat. Tidur di atas katil sekiranya boleh. Gunakan lampu suluh untuk memeriksa dalam kasut dan lantai khemah. Dan yang paling penting anda harus cek terlebih dahulu sebelum mengunakan tandas supaya tidak ada haiwan lain bersama anda semasa membuang hajat.

Prevent-Snake-Bites-Step-7

7. Berhati-hati ketika berenang, memancing di tasik atau sungai, terutamanya selepas hujan lebat. Ular air berbisa akan mengikut air yang deras dan anda mungkin menjadi mangsanya dan sekiranya anda di patuk, pastikan anda mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Prevent-Snake-Bites-Step-8

8. Pastikan keluarga dan haiwan peliharaan anda di lindungi dari terjumpanya ular di kawasan rumah anda.

  • Pastikan barangan di halaman rumah anda boleh digerakan dan bukan hanya setempat selamanya. Potong rumput halaman rumah anda seberapa kerap yang mungkin untuk tidak membiarkan bersemak samun sehinga menarik haiwan ini menjadikan tempat persingahan mereka atau tempat tinggal.
  • Pastikan anak anda tidak bermain pada kawasan di mana ular boleh bersembunyi. Tidak digalakan juga mereka dari bermain di tempat-tempat kawsan lapang yang rumputnya tinggi sehinga menyukarkan penglihatan.
  • Gunakan dahan atau ranting lain untuk mencari atau mengambil sesuatu di celah-celah kawasan yang dihempap oleh tibunan daun atau kayu.
  • Berhati-hati sekiranya pada musim panas dan keadaan kemarau. Ular akan mendapatkan air di sekitar hos taman anda, kolam renang, atau di bawah unit penyaman udara anda.

Prevent-Snake-Bites-Step-9

9. Ambil langkah berjaga-jaga jika anda mempunyai ular belaan dan elakan dari digigit.

  • Kebanyakan gigitan berlaku semasa memberi makan ular tersebut. Gunakan cangkuk ular untuk mengelakkan anda di gigit.
  • Pilih ular jinak sebagai haiwan kesayangan dan peliharaan. Corn snake dan ular sawa bola mempunyai kadar reputasi reputasi sebagai ular yang enggan menggigit.
  • Jangan memegang ular anda selepas memegang mangsanya, seperti tikus contohnya kerana baunya masih di tangan anda.

Prevent-Snake-Bites-Step-10

10. Berhati-hati apabila menghampiri ular yang anda fikirkan mungkin mati. Kemungkinan ular yang baru mati boleh bergerak (reflexively) dan juga menggigit. Ada juga ular mungkin kelihatanya mati, tetapi hanya berbohong dan sekiranya anda memegang ular tersebut mungkin anda akan digigit.

Terima kasih kepada artikel yang di tulis di wikihow 10 Cara Bagaimana Mencegah Gigitan Ular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *